MZGROUP mempunyai beberapa syarikat yang telah diasas dan diterajui oleh Dato' Mohd Zulkifli bin Hj. Muda. Penglibatan Dato' Mohd Zulkifli dalam perniagaan bermula sejak 1979 lagi. Beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti sosial. Aktiviti sosial yang dimaksudkan ialah membantu dari segi memberi khidmat nasihat dan pendidikan kepada pelajar, kakitangan kerajaan/swasta/badan-badan berkanun, belia, anak yatim, ibu tunggal warga emas dan lain-lain supaya mereka dapat menyelesaikan masalah kewangan mereka.
Matlamat MZGROUP
ialah untuk membantu masyarakat supaya terkeluar daripada masalah kewangan
supaya hidup dalam keadaan lebih selesa dunia dan akhirat serta menjadi
masyarakat yang bijak merancang kewangan dari segi perniagaan, pelaburan dan
perbelanjaan. MZGROUP menghulurkan
pertolongan untuk membantu masyarakat dan menjaga kepentingan peserta.
MZGROUP mewujudkan konsep tolong menolong yang
menghubungkan pihak MZGROUP dengan pengguna.
MZGROUP bersedia untuk mengubah dan
mendidik pengguna kepada satu sistem yang lebih bijak dan menguntungkan untuk
dunia dan akhirat Insyaallah.
MATLAMAT MZGROUP
i. Memastikan setiap peserta bebas dari hutang piutang
ii. Memberi khidmat nasihat ( perbelanjaan, pelaburan dan perniagaan )
iii. Memastikan setiap peserta mempunyai perlindungan Takaful
v. Merapatkan hubungan antara peserta
v. Merapatkan hubungan antara peserta
Dalam masa yang sama MZGROUP
ingin membantu pengguna malaysia merealisasikan hasrat mereka untuk masa
hadapan yang lebih terjamin terutama kepada pengguna Islam. Setiap umat Islam
mempunyai hasrat untuk menunaikan Fardhu Haji kerana ia adalah rukun Islam ke
lima yang wajib disempurnakan.
Apakah Sumbangan Anda Kepada Masyarakat Hari Ini?
Ini adalah langkah permulaan untuk anda berkhidmat
kepada pengguna. Dengan kerjasama yang erat daripada anda dengan MZGROUP, sudah pasti kita dapat
melahirkan lebih ramai pengguna yang berjaya dan berwibawa di dalam masyarakat.
Seterusnya, akan lahirlah masyarakat penyayang dan dari segi ekonomi pula,
ianya akan bertambah subur.
Terdapat dua cara di mana anda dapat menyalurkan
khidmat kepada masyarakat iaitu:-
# Anda sebagai orang tengah menyebarkan keistimewaan MZGROUP. Secara tidak langsung dapat
membantu pengguna menyertai MZGROUP
untuk berjimat cermat, menyelesaikan masalah hutang-piutang di samping mendapat
bantuan sekiranya ahli menghadapi masalah termasuk masalah kewangan.
# Memberi khidmat secara terus kepada pengguna dengan
menceritakan pengalaman anda sebagai pengguna dan wakil MZGROUP .
Kepercayaan yang diberikan kepada kami amatlah
bermakna. Demi masa depan anda dan generasi kita, berusahalah untuk berubah.
Sesungguhnya, mereka yang sentiasa mencari dan menerima perubahan akan lebih
berjaya di dalam hidupnya. Doa, usaha, iktiar dan tawakkal dilupa jangan, agar
dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dariNya serta sentiasalah bersyukur di
atas nikmatNya supaya kebahagiaan yang dikecapi akan berkekalan.
No comments:
Post a Comment